Friday, April 27, 2007

Pengenalan Latihan Industri

Latihan Industri FSKTM merupakan satu program latihan yang diwajibkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan dan membuka minda pelajar mengenai operasi dan aktiviti sebenar di tempat kerja.

Melalui Latihan Industri, pelajar dapat melihat bagaimana konsep-konsep sains komputer dan teknologi maklumat yang dipelajari di universiti boleh dipraktikkan di dalam proses pembangunan dan pengurusan harian sesebuah organisasi. Ia juga akan mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar terutamanya di bawah bimbingan professional dari industri dan Universiti. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri memainkan peranan sebagai titik persediaan bagi membolehkan seseorang pelajar itu mencebur diri dalam sesuatu profesion yang berkaitan dengan bidang yang dipilih.


No comments: